Friday, February 11, 2011

-perasaan oh perasaan-

susah nye nk kawal perasaan ini....hati kate lain tp mulut kate lain...cmne nk buat eh....kadang2 diri sndiri pun xpaham ngn perasaan sndiri...kate org ikut hati bdn binasa...tp...org juga kata...kdg2 kate hati itu betul...tp ape yg betulnye pun xtau...huhu
kebahagiaan merupakan hak milik setiap insan...tp perlukah kebahagiaan di cari atau adakah ianya datang sendiri??tp kalau xdicari masakan ia datang...CINTA??bagaimana pula dgn cinta...hmm...adakah perlu dicari??nthla..cinta mmg sng untuk didapati tp adakah ape yg ditemui itu benar2 cinta atau sebaliknya....kadang2 ade jgk seseorg itu bertemu cintanya tp dengan seseorg yg salah...adakah mgkin kebahagiaan itu datang sekiranya cinta itu salah??tp ade juga yg bahagia bila bertemu cintanya...dan mungkinkah bahagia itu akan berpanjangan...susah kn nk paham cinta...apetah lagi hati orang..ya...memang soal cinta,hati dan perasaan xboleh dipaksa....
sekiranya kebahagiaan itu bukan milik kita...maka kita perlu redhai nya..tp bagaimana pula sekiranya hati kuat mengatakan dia itu yg terbaik untuk kita.......emmm,,,susah kan??dia..adekah dia juga sama mcm kita??xjgk kn...mgkin hati dia dan hati kita xsama...tp sekiranya dia bahagia dengan hidup dia sekarang kita hanya perlu mendoakan yg terbaik dan supaya kebahagiaan itu akn kekal selamanya...kepada hati..jauhkanlah daripada memikirkan perkara2 yg bukan2...tp mengapa susah untuk berbuat demikian..lebih2 lg hati wanita kn...mmg hati wanita amat lembut dan mudah terguris...tetapi kepada si dia yg pndai menjaganya...ianya amat mudah...sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan yg maha kuasa..kita hanya mampu merancang dan DIA yang menentukan segala-galanya....
kepada sang hati...sekiranya ia benar2 milikmu maka kuatkanlah hati untuk menerima nya..sinar kebahagiaan pasti akan datang...dan kepada semuanya..cinta itu memberi...memberi dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan..simpanlah ianya dalam hati sekiranya ia benar-benar berharga,,..

Bila cinta bersuara....
Kamu hanya tahu menyebut
cinta itu buta
Setiap kesalahan yang kau lakukan
pastinya kau akan menyalahkan cinta
tapi kau mungkin tidak menyedari yang cinta juga seolah-olah mempunyai perasaan
dan jika ALLAH yang Maha Kuasa itu membenarkan cinta bertukar menjadi seorang manusia
pastinya cinta akan meluahkan perasaan yang dipendamnya selama ini
Cinta ada di dalam diri setiap manusia
cinta akan turut menangis di saat sekeping hati milik si gadis atau si jejaka di lukai
Cinta turut merasa gembira di saat seorang gadis tersenyum ketika membuka pemberian dari kekasihnya
Cinta juga akan turut merasai sakit yang perlu ditanggung di saat
seorang jejaka mahupun seorang gadis mencurangi kekasihnya
Cinta juga akan turut merasa pedihnya di saat menerima berita yang tidak di sangka-sangka dari kekasih kepada gadis atau jejaka yang 'dihuninya'
seperti berita tentag kematian, kemalangan, permasalahan yang menimpa dan berbagai lagi
Cinta juga akan bersama-sama mengucapkan syukur apabila
perasaan si gadis atau jejaka tadi berbalas.
Malah, cinta juga akan turut merasakan pedihnya di saat si jejaka atau si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan yang sekian lama terjalin
Sedarlah wahai manusia yang sedang dilamun cinta
mahupun yang baru bercita-cita untuk jatuh cinta
CINTA TIDAK PERNAH BUTA
Sesungguhnya, cinta itu dapat melihat apa yang di lakukan oleh sepasang kekasih
dan sesungguhnya,
cinta akan turut menangis saat kita menangis
Cinta juga akan turut tertawa
di saat kita di selubungi bahagia..

p/s:(",)
    sekadar menulis di satu ptg yg gelap.......

No comments:

Post a Comment